IBU
Thursday, 1 December 2011 | 09:48 | 0 comments
Hari ni ibu kyra demam laa , ibu dah demam last week . Tapi hari ni ibu demam balik laa . Kesian gila tengok ibu tadi . Sekarang dah pkul 4.08 a.m tapi ibu stil tak tidur lagi , kyra yang duduk online ni pun dengar jee ibu batuk batuk dari bilik . Pehh ! Rase kesian gilee . Ttber rasa nak update tulis pasal ibu . :')
Kyra tak tau macam mana kalau kita tak ada ibu kan ? Kesian orang yang lahir lahir dah tak ada ibu . Kyra kire bersyukur sangat sampai sekarang kyra ada ibu . :''<
Kyra tak tau macam mana kalau kita tak ada ibu kan ? Kesian orang yang lahir lahir dah tak ada ibu . Kyra kire bersyukur sangat sampai sekarang kyra ada ibu . :''<
Orang kata aku lahir dari perut ibu ! ( Bukan Orang kata , memang betul )
Bila dahaga , yang suapkan aku , IBU .
Bila lapar , yang suapkan aku , IBU .
Bila keseorangan , yang sentiasa di sampingku , IBU .
Kata ibu , perkataan pertama yang aku sebut , IBU !
Bila bangun tidur , aku cari , IBU .
Bila nangis , orang pertama yang datang , IBU .
Bila nak bermanja , aku dekati , IBU .
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , IBU .
Bila sedih , yang boleh memukukku hanya , IBU .
Bila nakal , yang memarahi aku , IBU .
Bila merajuk , yang memarahi aku , IBU .
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , IBU .
Bila takut , yang tenangkan aku , IBU .
Bila nak peluk , yang aku suka peluk , IBU .
AKU SELALU TERINGATKAN , IBU .
Bila sedih , aku mesti telefon , IBU .
Bila seronok , orang pertama aku nak beritahu , IBU .
Bila bengang , aku suka luah pada , IBU .
Bila takut , aku selalu panggil , ' IBUUUUUUUUUUUU ! '
Bila sakit , orang paling risau adalah , IBU .
Bila nak exam , orang paling sibuk juga , IBU .
Bila buad hal , yang marah aku dulu , IBU .
Bila ada masalah , yang paling risau , IBU .
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ini , IBU .
Yang selalu masak makanan kegemarangku , IBU .
Kalau balik ke kampung , yang selalu bekal kan ulam & lauk pauk , IBU .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , IBU .
Yang selalu berleter kat aku , IBU .
Yang selalu puji aku , IBU .
Yang selalu nasihat aku , IBU .
Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk , IBU .
Aku ada pasangan hidup sendiri .
Bila seronok , aku cari , Pasanganku .
Bila sedih , aku cari , IBU .
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .
Bila gagal , aku ceritakan pada , IBU .
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
Bila berduka , aku peluk erat , IBUKU .
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , IBU .
Bila sambut valentine , aku bagi hadiah pada Pasanganku !
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan " Selamat Hari Ibu " !
Selalu , aku ingat pasanganku !
Selalu , Ibu ingat kat aku !
Bila-bila , aku akan telefon pasanganku !
Entah bila , aku nak telefon ibu !
Selalu , aku belikan hadiah untunk pasanganku !
Entah bila aku nak belikan hadiah untuk ibu !
Renungkan :
" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bolehkah kau kirik wang untuk ibu "
" Ibu bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "
Berderai air mata jika kita mendengarnya .
Tapi kalau ibu sudah tiada .
" IBUUUUUUUU ! RINDU IBU ! RINDU SANGAT ! "
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membaca nya . Kos upah membantu ibu :
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM 1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya . Si ibu mencapai sebantang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .
1) Kos mengandungkanmu selama 9bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjaga mu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitik kerana mu - PERCUMA
4) Kos kerusingan kerana bimbangkan mu -PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum , pakaian , dan keperluan mu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak melinang , setelah membaca apa yang di tuliskan oleh si ibu . Si anak menatap wajah si ibu , Memeluk dan berkata ,
' Saya Sayang ibu ! ' . Kemudian , si anak mengambil pen dan menulis ' TELAH DIBAYAR ' pada muka surat yang sama di tulis nya .
Kyra nak tengok berapa ramai yang sanggup luangkan masa untuk membaca nya .
Kyra sayangg ibu kyraa ! Tiada penganti mu :'(